ACARA-ACARA YANG LEPAS:

- Majlis Penutupan Kejohanan Pencak Silat Universiti Antarabangsa 2008
- Istiadat Konvokesyen ke-8 Universiti Multimedia
- Opening Ceremony of Multimedia University Convofest! 2006 dan Malam Pesona MMU 2006
- Upacara Penutupan Convofest 2007 dan Longest and Biggest Sahibba
- Closing Ceremony of Cyber-Putra Road Runner Challenge 2007
- Majlis Perkahwinan Khairil Imran Ghauth dan Siti Nor Baiya Baharun Naim
- Closing Ceremony of Asean Peers Convention II
- Official Launching Ceremony of Malaysia Info Kiosk, E-ryza “Brain of Malaysia”
- Upacara Penutupan Pertandingan Tarian dan Nyanyian Tradisional sempena Kemerdekaan ke-49 “Kasmasari”
- Welcoming Dinner of Asean Peers Convention II
- Upacara Penutupan Temasya Pantun Intervarsiti Tiga Penjuru “Tritun ‘06”
- Malam Gemerlapan Aidilfitri 1427H
- Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Mahasiswa Merdeka 50 Jam Tanpa Henti 2007
- Upacara Pembukaan Pertandingan Tarian dan Nyanyian Tradisional sempena Kemerdekaan ke-49 “Kasmasari”
- National Peers Convention 2008
- Opening Ceremony of MMU Career Fair 2007
- IU Charity Dinner and Launching of Al-Quran for PSP dan banyak lagi!!

KLIEN-KLIEN YANG LEPAS:

- Kerajaan Negeri Melaka
- Universiti Multimedia
- Parlimen Jempol
- Kumpulan TM
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Dewan Bahasa dan Pustaka
- Kementerian Pelancongan
- Jabatan Perdana Menteri
- MEPS Concept Holdings Sdn. Bhd.
- Akademi Aidit Sdn. Bhd.
- Persatuan Penduduk Parlimen Shah Alam
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
- Biro Tatanegara
- Kerajaan Negeri Selangor

KOSMO Selasa 28 Ogos 2007


Rekod main futsal 50 jam

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

PETALING JAYA – Kejohanan Futsal Mahasiswa Merdeka 50 Jam Tanpa Henti 2007 berakhir dengan penuh bermakna malam kelmarin apabila cabaran itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai kejohanan futsal paling lama secara berterusan.
Kejohanan yang bermula 5.30 petang, Jumaat lalu dan berakhir pukul 7.30 malam melibatkan 94 pasukan dengan penyertaan 752 pemain.
Menurut Pengarah Kejohanan, Mohd. Fitri Che Ree, kejohanan ini adalah sebagai satu simbolik terhadap cara anak muda meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
“Objektif utama kami ialah memupuk semangat cintakan negara dan nilai patriotisme di kalangan mahasiswa.”
“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mereka rata-rata gembira menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini,” katanya ketika ditemui di majlis penutupan kejohanan di sini malam semalam.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah RM 2,000 untuk juara, RM 1,500 bagi tempat kedua, RM 1,000 untuk tempat ketiga, pingat dan trofi.
Bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi pasukan Politeknik Shah Alam (PSA), kedua Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan ketiga, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Bagi kategori wanita, juara ialah Institut HELP, tempat kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tempat ketiga UiTM.
Rekod telah diumumkan oleh pengacara majlis, Mohd. Syahidzuan Samsudin mewakili pihak MBR.