Rekod main futsal 50 jam
Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my
PETALING JAYA – Kejohanan Futsal Mahasiswa Merdeka 50 Jam Tanpa Henti 2007 berakhir dengan penuh bermakna malam kelmarin apabila cabaran itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai kejohanan futsal paling lama secara berterusan.
Kejohanan yang bermula 5.30 petang, Jumaat lalu dan berakhir pukul 7.30 malam melibatkan 94 pasukan dengan penyertaan 752 pemain.
Menurut Pengarah Kejohanan, Mohd. Fitri Che Ree, kejohanan ini adalah sebagai satu simbolik terhadap cara anak muda meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
“Objektif utama kami ialah memupuk semangat cintakan negara dan nilai patriotisme di kalangan mahasiswa.”
“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mereka rata-rata gembira menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini,” katanya ketika ditemui di majlis penutupan kejohanan di sini malam semalam.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah RM 2,000 untuk juara, RM 1,500 bagi tempat kedua, RM 1,000 untuk tempat ketiga, pingat dan trofi.
Bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi pasukan Politeknik Shah Alam (PSA), kedua Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan ketiga, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Bagi kategori wanita, juara ialah Institut HELP, tempat kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tempat ketiga UiTM.
Rekod telah diumumkan oleh pengacara majlis, Mohd. Syahidzuan Samsudin mewakili pihak MBR.